Cabaran dalam kebebasan media Cabaran demokrasi di Malaysia

Kebebasan media adalah salah satu aspekyang sangat penting dalam membangunkan sebuah demokrasi yang berfungsi sebagai penjaga bagi pelaksanaan hak kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat. Cabaran dalam bidang ini termasuk tekanan politik terhadap media, sensoran, dan pengawalan media oleh kerajaan atau pihak yang berkuasa. Cabaran kebebasan media di Malaysia boleh mencakupi beberapa aspek yang berkaitan dengan kebebasan media. Walaupun terdapat peningkatan dalam kebebasan media di Malaysia dalam beberapa tahun yang lalu, tetapi masih terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani. Berikut adalah beberapa cabaran yang sering dikaitkan dengan kebebasan media di Malaysia:

Undang-undang yang ketat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Deklarasi sejagat Hak Kemanusiaan. Dalam artikel 19, telah diiktiraf kebebasan untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat tanpa batas negara.[1] Walau bagaimanapun, undang-undang yang ketat di dalam sesebuah negara menyebabkan ruang untuk bersuara dan menyebarkan maklumat melalui media disekat oleh pihak-pihak tertentu. Malaysia berada di tangga ke-73 tentang Indeks Kebebasan Media Dunia menunjukkan negara kita kurang bersedia untuk kebebasan media dalam menyampaikan maklumat dan suara.[2] Terdapat beberapa undang-undang yang boleh mengehadkan kebebasan media di Malaysia, seperti Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Undang-undang ini boleh digunakan untuk menekan kebebasan media dan mengawal penyebaran maklumat yang digunakan oleh mereka yang sengaja ingin menyekat kebenaran terhadap sesuatu perkara.

Campur tangan pihak ketiga

Kebebasan media juga boleh terjejas oleh campur tangan pihak ketiga yang mempunyai kepentingan politik atau kewangan. Terdapat kepemilikan media yang terpusat pada beberapa syarikat atau individu, yang boleh mengakibatkan pembatasan dalam liputan media dan kurangnya pluralisme dalam pandangan. Terdapat regulasi perlu ditambah baik tetapi apa yang menjadi harapan kepada masyarakat khususnya kita mahu akta itu bersifat berpusat pada seseorang, berkepentingan masyarakat dan ia harus adil.[3]

Penindasan dan intimidasi

Wartawan dan aktivis media di Malaysia sering menghadapi penindasan dan intimidasi dari pihak berkuasa. Tindakan seperti penahanan tanpa bicara, ugutan, dan gangguan fizikal boleh menyekat kebebasan media dan menghalang wartawan daripada melaporkan isu-isu sensitif atau kritis.